Selasa, 3 Mei 2011

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Susu adalah pemakanan utama untuk pembesaran bayi yang baru dilahirkan. Semasa dalam kandungan lagi, bayi telah dibekalkan makanan yang diserap melalui darah ibunya yang berbentuk susu.

Di dalam Islam seseorang ibu wajib menyusu bayinya sekiranya ia mampu. Jika sebaliknya ia dibenarkan mengupah orang lain bagi tujuan penyusuan tersebut.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang antara ibu dan anak.
Penyusuan Dalam Islam

•Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.

•Menceraikan susu dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan dan pertimbangan daripada pasangan bagi memastikan bayi mendapat penjagaan yang rapi.

•Bapa bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan tidak membebani ibu dengan pelbagai tugas sepanjang tempoh penyusuan.

•Jika bapa tiada atau meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil tanggungjawab dalam proses penyusuan kepada bayi tersebut
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al-Baqarah:223)

Khasiat Susu Ibu

Allah mengurniakan susu dalam kuantiti yang sangat kecil daripada payudara yang berbentuk cecair berwarna kekuningan (kolostrom) sebagai keperluan bayi di awal kelahiran.

Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya di samping turut membantu bayi menerima dan mencernakan susu (makanan) yang dihisapnya.

Dalam masa 24 jam payudata ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehingga dia menceraikan susu.

Kebaikan Penyusuan Ibu

•Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

•Membantu mengecutkan rahim (mengurangkan pendarahan).

•Mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal - lemak digunakan semasa penyusuan.

•Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

•Menjimatkan masa dan wang.

•Mudah dan tidak perlu persediaan.

kata mak aku selagi bleh susukan anak susukan dia..anak laki mmg baik kita nyusukan dia dgn susu ibu..kata mak aku lg kalu dia dah besar nnti mana2 dia pergi mesti dia ingat ibu dia..setakat ni syafi masih nyusu ibu lg..kalu piya dulu setakat 7 bulan je..apa x eh aku sbuk nak kempis perut buh krim tu ini..terkono agak eh..berangin yo mulut eh..hihihi..skrg aku xsbuk tu semua..biar la dulu janji aku shat bleh jaga kuarga aku dgn baik..hihihi...


Budak Tecik Piya n My Baby Tecik Syafi....







Related Posts with Thumbnails